Tuesday 11 February 2014

Guru VS Pendidik


Bismillah. Alhamdulillah.


Terasa ingin mencoret berkenaan dengan PENDIDIKAN. Aku yakin dan percaya, kita semua adalah daripada golongan pendidik sungguhpun kita tidak punya ‘SIJIL KELAYAKAN’ daripada mana-mana institusi pengajian di dunia ini. Kenapa? Mengapa?

Sedar atau tidak, kita semua sememangnya adalah pendidik. Pendidik di pusat pengajian (guru, pensyarah, muallim, murobbi, muaddib, dsb) pendidik kepada anak-anak di rumah, pendidik kepada rakan-rakan, pendidik kepada masyarakat sekitarnya.

Masih tidak percaya? Semua antara kita akan melalui fasa dididik, dan seterusnya mendidik. Khususnya apabila kita sudah berumahtangga, ibu bapa adalah pendidik kepada anak-anak. Pendidikan dikatakan bermula daripada rumah dan siapakah golongan pendidik itu? Mereka tentunya adalah golongan ahli keluarga terdekat bukan?

Guru VS Pendidik


Perbezaan GURU dan PENDIDIK

“Mana ada beza. Sama je. Guruke.. Pendidikke… Dua-dua mengajar dan menyampaikan ilmu.”

Acapkali kita mendengar ungkapan sebegini. Namun hakikatnya, terdapat jurang perbezaan yang sangat besar antara keduanya.

Guru dalam konteks di sekolah sinonim dengan orang yang mengajar dan meyampaikan ilmu. Tetapi ungkapan pendidik pula adalah untuk golongan mereka yang bukan hanya mengajar dan menyampaikan ilmu akan tetapi golongan yang juga mendidik dan membentuk sahsiah pelajar itu supaya menjadi yang lebih baik, mengambil berat tentang segala permasalahan pelajarnya samada di rumah atau di sekolah, juga sahabat kepada pelajar tika suka dan duka. Makanya, semua orang mampu menjadi guru tetapi tidak semua guru mampu menjadi pendidik.


Bagaimana pula erti kata pendidik dalam konteks kita sebagai ibu dan bapa di rumah?

Ibu bapa adalah guru dan pendidik yang terhebat di rumah. Dari sebelum seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, ibu dan bapa telah memainkan peranan mereka dengan begitu baik sekali. Ibu bapa sudah mendidik anak-anak mereka dengan mendoakan mereka supaya apabila mereka lahir ke dunia ini, mereka mampu menjadi insan yang bermanfaat terutama kepada agamaNya. Oleh kerana itu, kita sebagai seorang muslim telah disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan-amalan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan anak di dalam kandungan. Sebagai contoh, mengistiqomahkan pembacaan al-quran sehingga khatam, berdzikir, beristigfar, bersolawat, menjaga tutur kata dan hawa nafsu juga akhlak kerana ia mampu memberi impak kepada anak yang bakal dilahirkan kelak.

Pabila anak-anak ini lahir ke dunia, ibu bapa terus memainkan peranannya dengan memberikan kasih sayang dan perhatian kepada pembesaran anak-anak. Memberi dan menyediakan segala keperluan mereka. Mereka di ajar untuk berkomunikasi, berinteraksi, bergerak, merespon, memerhati supaya mereka dapat membesar dengan sempurna. Ibu bapa pendidik yang hebat! ( Biiznillah ). Mereka juga diajar tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 

Tanggungjawab ibu dan bapa sebagai pendidik dalam institusi keluarga

Dan hasilnya, jika ibu bapa mampu melakukannya dengan sehabis baik, pasti apa yang telah dituai akan menampakkan hasilnya. Itu pun jika ibu bapa tersebut faham dan mengerti serta dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sebaiknya. ;)

Sehinggalah mereka dewasa, ibu bapa pasti akan mengambil berat urusan anak-anaknya. Tentang pendidikannya, tentang keperluannya, tentang kesihatannya, hatta sekalipun sudah berumahtangga, ibu bapa masih terus menjadi pendidik yang terbaik untuk anak-anak. Pengalaman hidup mereka pasti akan dijadikan ingatan, pengajaran yang pasti akan dikongsikan bersama anak-anak mereka kelak. Jika punya masalah, ibu bapalah tempat menumpang kasih. Kalaupun anak-anak tidak bercerita, naluri sebagai seorang ibu terutamanya pasti akan diketahuinya juga. 


Kesimpulannya,

Di sekolah, guru menyampaikan ilmu, guru mendidik pelajar menjadi insan yang seimbang daripada segi jasmani,rohani,intelek dan sahsiah (JERI) seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Guru juga dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan pelajar terutama di sekolah namun masalah di rumah juga terkadang guru perlu ambil tahu kerana implikasinya akan menngganggu para pelajar dan sesi pembelajaran. Ibu bapa seharusnya melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah. Kerana pendidikan sebenarnya bermula dari rumah dan pengaruhnya sangat besar kepada para pelajar. Jika kita ingin melihat anak-anak kita berjaya, kita perlu sedar akan tanggungjawab kita semua sebagai PENDIDIK kepada generasi yang sedang membesar. KITA SEMUA ADALAH PENDIDIK. Pendidik kepada diri sendiri, pendidik kepada orang lain. Semoga kita dapat memanfaatkan diri kita dengan sebaiknya kerana itu adalah tanda orang yang BERSYUKUR!










Friday 10 January 2014

Berselawatlah Wahai Pecinta Rasulullah


Rasulullah. Walau kami tidak pernah melihatmu. 
Rasa cinta dan rindu ini pabila membaca dan mendengar kisah semasa hayatmu amat menebal hingga gugur air mata ini.

Andai Rasulullah bersama kita hari ini,
Pasti masyarakat tidak sesakit hari ini.
Andai Rasulullah bersama kita hari ini,
Pasti berbondong-bondong orang yang memenuhi masjid dan majlis-majlis ilmu.
Allahurobbi!
Andai Rasulullah melihat kita hari ini.........
PASTI.PASTI.PASTI.
Kedukaan, kelukaan.
"Ummati! Ummati! Ummati!"
Betapa sayangnya Rasulullah kepada ummatnya walaupun tidak pernah bertemu.
Wahai diri ini. Wahai sahabat.
Jangan dilukai kekasih Allah ini.

Rasulullah hanya diingati pabila sampai hari kelahirannya.
Walhal baginda adalah insan teragung yang bukan harus diingati pada waktu tertentu.
Cintailah baginda kerana itulah cinta teragung setelah cinta kepada Allah s.w.t.

Walaupun Rasulullah tidak bersama dengan kita sekarang, tetapi ada dua perkara yang kita harus pegang sebagai jaminan kita tidak akan sesat iaitu

1. Kitab Allah (al-Quran)
2. Sunnah Rasulullah s.a.w

InshaAllah. Marilah kita banyakkan selawat keatas junjungan Nabi kita
 Nabi Muhammad s.a.w. Moga kita beroleh syafaatnya kelak.

#SOLLUA'LANNABI

untuk tahu hikmah selawat ke atas nabi boleh baca di sini:

Tuesday 24 December 2013

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu

Bismillah Wa Alhamdulillah

Apa khabar iman? 

Jom tengok video ni.




SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.



P/S : So, macam seronokje kan. macam teruja je kan? Subhanallah. Allahurobbi.. Betapa besar kekuasaanMu Ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya. Ampunilah dosa-dosa kami andai ini peringatan yang Engkau mahu tunjukkan kepada kami... Wallahua'alam~




Friday 20 December 2013

Tribute to Ahmad Ammar - BINTANG SYURGA

Assalamualaikum w.b.t

Dear readers,

Last Friday, I watched out Nasi Lemak Kopi O at TV9. Then heard some special songs by Raqib Majid. Bintang Syurga. Syahdu.

And tonite. Somebody post this video and it brought me and maybe you to remind of somebody special which already gone past week ago to meet his beloved Al-Khaliq.



Bintang Syurga
Raqib Majid feat. UNIC

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak

Aku tegar
aku rela 
sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
Syurga firdausi menunggu ku datang
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum
Disaat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itulah yang abadi
Dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezeki dari Ilahi

Kejayaan (kejayaan)
Kebahagiaan (kebahagiaan)
Bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Demi bahagia untuk selamanya


 Jannah for this superb mujahid. InshaAllah.
May Allah bless him.


Thursday 19 December 2013

Lelaki Pemimpin Kepada Wanita - (An-Nisaa' 4:34)


Terasa nak share sepotong ayat dari Kitab Cinta. Love Letter from Him.


 Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.


Baca dan hayati.
Baca dan faham.

Kepada lelaki-lelaki diluar sana, Allah tinggikan darjat dan martabat kalian. Buktikanlah bahawa kalian adalah lelaki yang dinyatakan seperti dalam ayat ini. Dan kepada kaum Hawa sekalian, akurlah dengan hukum Tuhan. Lelaki dan wanita saling memerlukan. Lelaki dan wanita juga ada kelebihan tersendiri yang Allah kurniakan. 

Sesuaikanlah dengan keperluan semasa. Dalam berorganisasi, terkadang perempuan diletakkan sebagai pemimpin akibat ketandusan lelaki yang berkaliber. Tu kalau dah mudharat. Dalam rumahtangga, suami tu insan yang wajib dihormati. Berdosa dan tidak cium bau syurga kalau jadi isteri derhaka. Tak da istilah mudharat sampai isteri kena ikut cakap suami. Tapi kalau suami suruh buat perkara yang sah-sah bertentangan dengan syara', jangan pulak ikut. Ada caranya. Kene belajar!

Ok. Aku bukan ustazah nak ulas panjang-panjang. Cumanya dah berapa kali aku dengar orang keliling aku sebut ayat ni. Terasa nak cari and hafal atleast "Arrijalu Qawwaamu Na A'lannisaa'". 
Tidak rugi pun kalau hafal. Daripada korang dok hafal lirik lagu yang tah apa-apa tu. C'mon! 

Till Then.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...