Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Tuesday, 11 February 2014

Guru VS Pendidik


Bismillah. Alhamdulillah.


Terasa ingin mencoret berkenaan dengan PENDIDIKAN. Aku yakin dan percaya, kita semua adalah daripada golongan pendidik sungguhpun kita tidak punya ‘SIJIL KELAYAKAN’ daripada mana-mana institusi pengajian di dunia ini. Kenapa? Mengapa?

Sedar atau tidak, kita semua sememangnya adalah pendidik. Pendidik di pusat pengajian (guru, pensyarah, muallim, murobbi, muaddib, dsb) pendidik kepada anak-anak di rumah, pendidik kepada rakan-rakan, pendidik kepada masyarakat sekitarnya.

Masih tidak percaya? Semua antara kita akan melalui fasa dididik, dan seterusnya mendidik. Khususnya apabila kita sudah berumahtangga, ibu bapa adalah pendidik kepada anak-anak. Pendidikan dikatakan bermula daripada rumah dan siapakah golongan pendidik itu? Mereka tentunya adalah golongan ahli keluarga terdekat bukan?

Guru VS Pendidik


Perbezaan GURU dan PENDIDIK

“Mana ada beza. Sama je. Guruke.. Pendidikke… Dua-dua mengajar dan menyampaikan ilmu.”

Acapkali kita mendengar ungkapan sebegini. Namun hakikatnya, terdapat jurang perbezaan yang sangat besar antara keduanya.

Guru dalam konteks di sekolah sinonim dengan orang yang mengajar dan meyampaikan ilmu. Tetapi ungkapan pendidik pula adalah untuk golongan mereka yang bukan hanya mengajar dan menyampaikan ilmu akan tetapi golongan yang juga mendidik dan membentuk sahsiah pelajar itu supaya menjadi yang lebih baik, mengambil berat tentang segala permasalahan pelajarnya samada di rumah atau di sekolah, juga sahabat kepada pelajar tika suka dan duka. Makanya, semua orang mampu menjadi guru tetapi tidak semua guru mampu menjadi pendidik.


Bagaimana pula erti kata pendidik dalam konteks kita sebagai ibu dan bapa di rumah?

Ibu bapa adalah guru dan pendidik yang terhebat di rumah. Dari sebelum seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, ibu dan bapa telah memainkan peranan mereka dengan begitu baik sekali. Ibu bapa sudah mendidik anak-anak mereka dengan mendoakan mereka supaya apabila mereka lahir ke dunia ini, mereka mampu menjadi insan yang bermanfaat terutama kepada agamaNya. Oleh kerana itu, kita sebagai seorang muslim telah disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan-amalan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan anak di dalam kandungan. Sebagai contoh, mengistiqomahkan pembacaan al-quran sehingga khatam, berdzikir, beristigfar, bersolawat, menjaga tutur kata dan hawa nafsu juga akhlak kerana ia mampu memberi impak kepada anak yang bakal dilahirkan kelak.

Pabila anak-anak ini lahir ke dunia, ibu bapa terus memainkan peranannya dengan memberikan kasih sayang dan perhatian kepada pembesaran anak-anak. Memberi dan menyediakan segala keperluan mereka. Mereka di ajar untuk berkomunikasi, berinteraksi, bergerak, merespon, memerhati supaya mereka dapat membesar dengan sempurna. Ibu bapa pendidik yang hebat! ( Biiznillah ). Mereka juga diajar tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 

Tanggungjawab ibu dan bapa sebagai pendidik dalam institusi keluarga

Dan hasilnya, jika ibu bapa mampu melakukannya dengan sehabis baik, pasti apa yang telah dituai akan menampakkan hasilnya. Itu pun jika ibu bapa tersebut faham dan mengerti serta dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sebaiknya. ;)

Sehinggalah mereka dewasa, ibu bapa pasti akan mengambil berat urusan anak-anaknya. Tentang pendidikannya, tentang keperluannya, tentang kesihatannya, hatta sekalipun sudah berumahtangga, ibu bapa masih terus menjadi pendidik yang terbaik untuk anak-anak. Pengalaman hidup mereka pasti akan dijadikan ingatan, pengajaran yang pasti akan dikongsikan bersama anak-anak mereka kelak. Jika punya masalah, ibu bapalah tempat menumpang kasih. Kalaupun anak-anak tidak bercerita, naluri sebagai seorang ibu terutamanya pasti akan diketahuinya juga. 


Kesimpulannya,

Di sekolah, guru menyampaikan ilmu, guru mendidik pelajar menjadi insan yang seimbang daripada segi jasmani,rohani,intelek dan sahsiah (JERI) seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Guru juga dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan pelajar terutama di sekolah namun masalah di rumah juga terkadang guru perlu ambil tahu kerana implikasinya akan menngganggu para pelajar dan sesi pembelajaran. Ibu bapa seharusnya melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah. Kerana pendidikan sebenarnya bermula dari rumah dan pengaruhnya sangat besar kepada para pelajar. Jika kita ingin melihat anak-anak kita berjaya, kita perlu sedar akan tanggungjawab kita semua sebagai PENDIDIK kepada generasi yang sedang membesar. KITA SEMUA ADALAH PENDIDIK. Pendidik kepada diri sendiri, pendidik kepada orang lain. Semoga kita dapat memanfaatkan diri kita dengan sebaiknya kerana itu adalah tanda orang yang BERSYUKUR!










Wednesday, 18 December 2013

Halatuju Lepasan PMR : Kemanakah langkahku?

Assalamualaikum w.b.t

Dear adik-adik yang masih belum ambil keputusan, boleh gunakan alternatif ini:

 atau

dan kepada yang rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dah keluar tu, kalau rasa nak cek balik kertas jawapan boleh ikut panduan dalam web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

************************************

Alhamdulillah. Keputusan peperiksaan bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dah pun diumumkan pada hari ini (19 Disember 2013). Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Bagi yang kurang berjaya atau yang tidak menepati apa yang disasarkan, jangan kecewa. Dunia semua ni. Haha.

Aku sebagai orang yang dah lama meninggalkan dunia sebagai pelajar ni nak share sikitla kan. Keputusan yang adik-adik dapat tu bukanlah penentu bagi kejayaan sebenar adik-adik kelak. So, xpayah nak bangga sangatla. Jauh lagi perjalanan adik-adik sekalian. Percayalahh.. 

Baiklah. Adik-adik yang dapat keputusan elok tu bolehla nak melangkah ke tempat-tempat yang lebih sesuai untuk adik-adik macam MRSM ke. SBP ke. n so on. Kalau boleh go on dengan environment skola ni aku nasihatkan pergijela.. Future korang nak futher stady afta SPM nanti InshaAllah terbuka luas. Paling kurang nak masuk matrix atau program asasi tu macam mudah sikitla. (short cut nak smbung degree). Tu pun kalau korang strugle la. Kalau nak fly g negara orang apatah lagikan? 

Bagi yang dapat result biasa-biasa tu, pilihan di tangan korang. Nak teruskan duduk di sekolah lama boleh, nak cari environment baru pun boleh. Aceewaahh. Kalau still duduk kat skola lama tu decide la nak pilih aliran apa. Buatla pilihan yang terbaik.. Jangan fikir nak nampak gah je. Orang ambil aliran sains, korang pun main terjahje ikut. Pendek kata ukur baju bandan sendirila. Bukan apa, apa yang korang decide hari ini akan effect future korang nanti. Sekali lagi aku cakap.. JAUH LAGI PERJALANAN HIDUP ADIK-ADIK SEKALIAN. Pilih-pilih. Istikharah. Musyawarah!

Dan bagi yang rasa keputusan macam xda masa depan tu... cakap kat diri adik-adik sekalian.. "Oh c'mon la! Baru PMR kottt.." haha. Adik-adik.. peluang belajar terbuka luas. Nak atau tak je. Malas atau rajin je. Cepat-cepat daftar kat kolej vokasional atau sekolah menegah teknik. kalau rasa keputusan macam cikai je pun cuba je apply. Pasaran kerja untuk mereka yang berkemahiran sangat terbuka luas. Ye la.. kerajaan dah transform sana, transform sini. Lagila bahagian teknikal dan vokasional macam cempedak goreng panas!



tarikh tutup : 25 Disember 2013

syarat umum dia mudahje:
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

Mohon ramai-ramai ajak kawan-kawan. Banyak kolej vokasional yang baru diupgrade. InshaAllah korang akan fokus belajar untuk kemahiran yang korang minatje. Subjek teras macam Math, B.Melayu, B.Inggeris, Pend. Islam, Sains tetapla kene blaja. Cumanya korang xpayah ambil SPM and blajar 4 tahun keluar dengan segulung diploma. Jadilah budak yang ada skill. Aku pun kagum dengan budak-budak KV ni. Skill memang mantap. So, dari yang dapat keputusan paling cemerlang, sederhana, atau lemah ini peluang kalian. Nak majukan diri xpayah nak malu-malu. Kene berani kehadapan.

Tu je la info yang aku ade. Tak silap kolej komuniti pun ada intake untuk lepasan PMR cuma kene rajin update dengan kaunselor sekolah korang. Korang pun rajin-rajinla update info kat web BPTV atau Kolej Komuniti sebab kadang-kadang akan dibuka untuk pengambilan lagi. 

Dah macam tukang promote pulak. Tak de la. Aku cuma kesian dengan segelintir budak-budak kat skola yang ambil aliran perdagangan, sains sukan, pendek cite kelas yang ujung-ujung nunn.. Kalau ditanya kenapa xcuba mohon sekolah teknik/voke, adaje yang bagi alasan tak tahu. Aku rasa kaunselor kat sekolah selalu je update. Korangjela yang malas. Haha. Last but not least aku nampak peluang cerahla kalau yang betul-betul minat bahagian kemahiran ambil peluang ni. Lepas abis diploma (kalau korang struglela, belajar xda yang senang dik oii!!) banyak tempat korang boleh g kalau nak futher study. Nak keje apatah lagi. Sekarang kerajaan buat macam-macam nak upgrade bidang ni. so xpayah risaula. Kalau korang habis blaja n get the skills, keje sendiri pun boleh dapatkan pendapatan. 

Jadi adik-adik sekalian. fikir-fikirkanlah. Jangan berseronok sangat dengan keputusan korang tu. Haha. Hepi for this several year je la. Lepas ni SPM pulak. Hidup macam roda adik-adik. Sentiasa kene ada perancangan dan sentiasa kene bersedia. 

Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada 30,988 pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini macam yg dah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof. Juga x lupa kepada selebih bilangan yang xdapat straight A. Pastikan A yang didapati tu seiring dengan Amal dan Akhlak adik-adik sekalian. Redha Allah tu penting daripada redha manusia. Jadilah pelajar yang berjaya bukan dalam bidang akademik semata-mata. 


Wish all of u all the best for ur future!

How Teachers Think Homework Is Done


If you Know What I Mean..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...