Tuesday 11 February 2014

Guru VS Pendidik


Bismillah. Alhamdulillah.


Terasa ingin mencoret berkenaan dengan PENDIDIKAN. Aku yakin dan percaya, kita semua adalah daripada golongan pendidik sungguhpun kita tidak punya ‘SIJIL KELAYAKAN’ daripada mana-mana institusi pengajian di dunia ini. Kenapa? Mengapa?

Sedar atau tidak, kita semua sememangnya adalah pendidik. Pendidik di pusat pengajian (guru, pensyarah, muallim, murobbi, muaddib, dsb) pendidik kepada anak-anak di rumah, pendidik kepada rakan-rakan, pendidik kepada masyarakat sekitarnya.

Masih tidak percaya? Semua antara kita akan melalui fasa dididik, dan seterusnya mendidik. Khususnya apabila kita sudah berumahtangga, ibu bapa adalah pendidik kepada anak-anak. Pendidikan dikatakan bermula daripada rumah dan siapakah golongan pendidik itu? Mereka tentunya adalah golongan ahli keluarga terdekat bukan?

Guru VS Pendidik


Perbezaan GURU dan PENDIDIK

“Mana ada beza. Sama je. Guruke.. Pendidikke… Dua-dua mengajar dan menyampaikan ilmu.”

Acapkali kita mendengar ungkapan sebegini. Namun hakikatnya, terdapat jurang perbezaan yang sangat besar antara keduanya.

Guru dalam konteks di sekolah sinonim dengan orang yang mengajar dan meyampaikan ilmu. Tetapi ungkapan pendidik pula adalah untuk golongan mereka yang bukan hanya mengajar dan menyampaikan ilmu akan tetapi golongan yang juga mendidik dan membentuk sahsiah pelajar itu supaya menjadi yang lebih baik, mengambil berat tentang segala permasalahan pelajarnya samada di rumah atau di sekolah, juga sahabat kepada pelajar tika suka dan duka. Makanya, semua orang mampu menjadi guru tetapi tidak semua guru mampu menjadi pendidik.


Bagaimana pula erti kata pendidik dalam konteks kita sebagai ibu dan bapa di rumah?

Ibu bapa adalah guru dan pendidik yang terhebat di rumah. Dari sebelum seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, ibu dan bapa telah memainkan peranan mereka dengan begitu baik sekali. Ibu bapa sudah mendidik anak-anak mereka dengan mendoakan mereka supaya apabila mereka lahir ke dunia ini, mereka mampu menjadi insan yang bermanfaat terutama kepada agamaNya. Oleh kerana itu, kita sebagai seorang muslim telah disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan-amalan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan anak di dalam kandungan. Sebagai contoh, mengistiqomahkan pembacaan al-quran sehingga khatam, berdzikir, beristigfar, bersolawat, menjaga tutur kata dan hawa nafsu juga akhlak kerana ia mampu memberi impak kepada anak yang bakal dilahirkan kelak.

Pabila anak-anak ini lahir ke dunia, ibu bapa terus memainkan peranannya dengan memberikan kasih sayang dan perhatian kepada pembesaran anak-anak. Memberi dan menyediakan segala keperluan mereka. Mereka di ajar untuk berkomunikasi, berinteraksi, bergerak, merespon, memerhati supaya mereka dapat membesar dengan sempurna. Ibu bapa pendidik yang hebat! ( Biiznillah ). Mereka juga diajar tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 

Tanggungjawab ibu dan bapa sebagai pendidik dalam institusi keluarga

Dan hasilnya, jika ibu bapa mampu melakukannya dengan sehabis baik, pasti apa yang telah dituai akan menampakkan hasilnya. Itu pun jika ibu bapa tersebut faham dan mengerti serta dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sebaiknya. ;)

Sehinggalah mereka dewasa, ibu bapa pasti akan mengambil berat urusan anak-anaknya. Tentang pendidikannya, tentang keperluannya, tentang kesihatannya, hatta sekalipun sudah berumahtangga, ibu bapa masih terus menjadi pendidik yang terbaik untuk anak-anak. Pengalaman hidup mereka pasti akan dijadikan ingatan, pengajaran yang pasti akan dikongsikan bersama anak-anak mereka kelak. Jika punya masalah, ibu bapalah tempat menumpang kasih. Kalaupun anak-anak tidak bercerita, naluri sebagai seorang ibu terutamanya pasti akan diketahuinya juga. 


Kesimpulannya,

Di sekolah, guru menyampaikan ilmu, guru mendidik pelajar menjadi insan yang seimbang daripada segi jasmani,rohani,intelek dan sahsiah (JERI) seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Guru juga dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan pelajar terutama di sekolah namun masalah di rumah juga terkadang guru perlu ambil tahu kerana implikasinya akan menngganggu para pelajar dan sesi pembelajaran. Ibu bapa seharusnya melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah. Kerana pendidikan sebenarnya bermula dari rumah dan pengaruhnya sangat besar kepada para pelajar. Jika kita ingin melihat anak-anak kita berjaya, kita perlu sedar akan tanggungjawab kita semua sebagai PENDIDIK kepada generasi yang sedang membesar. KITA SEMUA ADALAH PENDIDIK. Pendidik kepada diri sendiri, pendidik kepada orang lain. Semoga kita dapat memanfaatkan diri kita dengan sebaiknya kerana itu adalah tanda orang yang BERSYUKUR!










Friday 10 January 2014

Berselawatlah Wahai Pecinta Rasulullah


Rasulullah. Walau kami tidak pernah melihatmu. 
Rasa cinta dan rindu ini pabila membaca dan mendengar kisah semasa hayatmu amat menebal hingga gugur air mata ini.

Andai Rasulullah bersama kita hari ini,
Pasti masyarakat tidak sesakit hari ini.
Andai Rasulullah bersama kita hari ini,
Pasti berbondong-bondong orang yang memenuhi masjid dan majlis-majlis ilmu.
Allahurobbi!
Andai Rasulullah melihat kita hari ini.........
PASTI.PASTI.PASTI.
Kedukaan, kelukaan.
"Ummati! Ummati! Ummati!"
Betapa sayangnya Rasulullah kepada ummatnya walaupun tidak pernah bertemu.
Wahai diri ini. Wahai sahabat.
Jangan dilukai kekasih Allah ini.

Rasulullah hanya diingati pabila sampai hari kelahirannya.
Walhal baginda adalah insan teragung yang bukan harus diingati pada waktu tertentu.
Cintailah baginda kerana itulah cinta teragung setelah cinta kepada Allah s.w.t.

Walaupun Rasulullah tidak bersama dengan kita sekarang, tetapi ada dua perkara yang kita harus pegang sebagai jaminan kita tidak akan sesat iaitu

1. Kitab Allah (al-Quran)
2. Sunnah Rasulullah s.a.w

InshaAllah. Marilah kita banyakkan selawat keatas junjungan Nabi kita
 Nabi Muhammad s.a.w. Moga kita beroleh syafaatnya kelak.

#SOLLUA'LANNABI

untuk tahu hikmah selawat ke atas nabi boleh baca di sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...