Wednesday 18 December 2013

SHN : Gadis Bertudung Merah - Jill Naura

Dear readers,

Aku nak let go novel ni. Tak sengaja terbeli. Haha. Still in good condition. Tak tau nak bagi kat sape. Nak buang lagila sayang. So sape2 berminat o kaki-kaki novel tu boleh e-mail aku. Aku nak jual RM15(Semenanjung) dan RM16(Sabah/Sarawak). Murah. Sape cepat dia dapat! Sinopsis boleh baca n bukak link kat bawah. Kalau berminat boleh e-mail aku. Kita nego lagi. 
awliyaaudadi@gmail.com

Penulis: Jill Naura
ISBN: 978-967-0508-30-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia) / RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Penerbit : Jemari Seni

Dari mata jatuh langsung ke tangkai jiwa. Dia Si Gadis Bertudung Merah.

Dari mata jatuh langsung ke tangkai jiwa
Hati Idzrie sudah terpaut pada si dia. Ya, dia. Gadis Bertudung Merah. Setahun dia hanya memandang dari kejauhan tanpa dia sedar gadis itu adalah kenangan silamnya!
Memori Liya sembilan tahun yang lalu hilang akibat kemalangan yang menimpanya. Kini, dia hidup berlandaskan apa yang diberitahu oleh kakaknya. Tiba-tiba, muncul dua watak asing yang mengaku mengenali dirinya yang tidak pernah diceritakan oleh kakaknya. Dia menerima salam persahabatan daripada mereka tanpa curiga. Namun, rupa-rupanya ada sebab mengapa kakaknya tidak pernah bercerita mengenai mereka. Mereka sememangnya tidak harus diingati!
Kerana inginkan kepastian, Idzrie mengumpul keberanian merisik sendiri dengan keluarga Liya. Tuah menyebelahi dirinya apabila nenek Liya menyukai dirinya. Namun, dia ada pesaing rupa-rupanya. Shahrul, calon pilihan ibu tiri Liya. Di sebalik rupa dan perlakuannya yang baik, tersimpan rahsia yang menggemparkan keluarga Liya.
Antara Shahrul dan Idzrie, siapa pilihan hati Liya? Apa pula rahsia yang disembunyikan oleh kakaknya?
***
JILL NAURA menulis Gadis Bertudung Merah yang membawa kita menelusuri kisah Marliya yang mencari kenangan lalu untuk meneruskan hidupnya dengan bahasa yang manis dan membuai jiwa.

0 lontaran:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...