Thursday 19 December 2013

Mimbar Pencetus Ummah - Bidadari Syurga


Alhamdulillah.



Berkesempatan menyaksikan rancagan yang sangat bermanfaat kepada semua
"Duniaku Dakwahku"

Topik minggu ini adalah bidadari syurga. Allahurobbi. Sangat menyentuh hati. Bangga dan kagum mengingati srikandi mujahidah Islam yang syahid memburu cinta Ilahi.

Khadijah, Mashitah, Halimatussaadiah, Puteri Balqis, Zulaika, Ainul Mardhiah, Sumaiyyah dan ramai lagi srikandi mujahidah Islam. Sanggup dizalimi, dihukum demi mempertahankan kalimah "Laailaahaaillallahh". Demi Islam yang tercinta. Syahid untukmu syurga menantimu.

Penyampaian yang disampaikan oleh peserta PU semuanya hebat belaka. Tertusuk dan menusuk. Yang paling memberi impak aku rasa PU Rahmat [Klik untuk lihat persembahan]. Bukan sebab dia "macam comelje" eh. Haha. Sungguh. Kisah tentang Mashitah si tukang sisir puteri Firaun. Last sekali dia ada sentuh tentang muslimah yang sedang atau ingin berubah. Zasss.. Ayuh muslimah! Jangan gentar untuk berubah. Redha Allah yang dicari bukan redha manusia. Letak angan-angan nak jadi bidadari syurga. Tapi jangan angan-angan Mat Jeninje. As a muslim, kenela usaha. Usaha. Dan Usaha. Yang lain pun tak kurang hebatnya. Nak tengok boleh klik kat sini

Semua ada kelebihan dan kekurangan. Usaha dakwah ini berpanjangan. Bukan di atas pentas MPU sahaja. Tugas sebagai daie ni bukan tugas mereka yang 'alimje. Tapi tanggungjawab semua muslim. Kalian. Aku. Dia. Mereka. Teringat zaman student dulu, tak tersengaja pergi ke satu program daie muda. Haha. Kawan aku beriya invite. Bedal jela. Konon nak cuci mata ziarah universiti orang. Oke. Kata ustaz

 "Tak perlula takut dengan perkataan dakwah tu. Dakwah tu samaje macam ajak orang buat baik dan bertindak kalau nampak kemungkaran. Ajak kawan solat, puasa, g blaja tu pun dakwah jugak. Kalau takut nak tegur sahabat bila nampak buat salah, banyakje alternatif yang boleh diguna. Mengubah dengan hati itu selemah-lemah iman" (Tu ayat aku. Tapi content samala).

So guys jangan memberatkan minda anda dengan pemahaman yang tak sepatutnya! Tapi ilmu pun kenela cari. Biar sedikit asalkan istiqomah (berterusan). Lets do dakwah! Dunia dah tenat sahabat!

Last but not least. Televisyen dekat rumah tu banyakje siaran bermanfaat. Nak yang playboyke, nak yang ingatkan korang tentang matike, nak cari calon suami soleh/ah ke.. up to you. Pilihan di tangan anda. Semoga Allah redha!


*Btw. Tahniah dan takziah buat skuad muda Harimau Malaya! 










0 lontaran:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...